NAFSU YANG SANGAT DICINTAI

Kehendak nafsu walaupun sangat merosakkan tetapi sangat kita sukai. Apabila sesuatu itu sangat kita cintai, kita akan menjadi buta lalu kejahatan yang dilakukan dilihat baik. Malah kita akan menjadi hamba kepada apa yang kita cintai. Umat Islam sering member tumpuan kepada musuh zahir tetapi tidak kepada musuh yang lebih hebat angkaranya iaitu NAFSU.
Ulama tasawuf membahagikan nafsu kepada beberapa peringkat. Antara peringkat-peringkat nafsu dan ciri-cirinya ialah:

1. NAFSU AMMARAH

Amarah ertinya sangat mengajak kepada kejahatan. Ini adalah tahap nafsu yang PALING jahat dan hina. Firman ALLAH yang bermaksud : “…sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.”(Surah Yusuf 12 : 53)
Orang yang bernafsu ammarah ialah orang yang berbangga melakukan maksiat dan kemungkaran. Dia berasa seronok dengan maksiat, bahkan mengajak orang lain kea rah kemungkaran. Jika ada program kebaikan, dia akan menentangnya.

2. NAFSU LAWWAMAH

Lawwamah erti nafsu yang mencela. Orang yang mempunyai nafsu lawwamah menyedari dia sering terlibat dengan dosa. Ia akan menyesali dosa-dosa itu dan akan mencela dirinya sendiri. Firman ALLAH yang bermaksud : “Aku bersumpah dengan nafsu yang amat mencela kejahatan.”(Surah al-Qiyamah 75 : 2)
Namun ketika berbuat dosa, ia akan terleka dan terbuai dengan kenikmatan dosa itu tanpa memikirkan akibatnya. Hanya setelah selesai melakukannya barulah timbul penyesalan. Sugguhpun keadaan itu bersifat sementara. Apabila melakukan ketaatan, orang yang mempunyai nafsu lawwamah ini mudah dihinggapi rasa riyak dan ujub. Dirasakan dirinya sudah baik disisi ALLAH.

3. NAFSU MULHAMAH

Orang yang mempunyai nafsu mulhamah sudah mula mendapat ilham kebaikan hatinya. Ada bisikan kebaikan dalam dirinya untuk berusaha lebih gigih kea rah menjadi insan yang lebih baik. Firman ALLAH yang bermaksud : “Diilhamkan kepada diri akan kejahatan dan juga ketaqwaan.”(Surah al-Shams 91 : 5)
Orang yang berada tahap ini sudah mampu meninggalkan tahap nafsu lawwamah. Dia mula menghisap dan menyuluh diri lalu berusaha melakukan kebaikan. Ada masanya dia terlanjur kerana kelalaiannya. Dia tidak sengaja.

4. NAFSU MUTMAINNAH

Inilah nafsu yang diperolehi oleh seseorang hasil mujahadah (melawan nafsu) dan riyadah al-nafs(latihan diri) secara istiqamah. Hatinya sudah tenang kerana nafsunya telah Berjaya dijinakkan. Dia bukan sahaja seronok melakukan ketaatan tetapi indah ketika meninggalkan kejahatan. Dia hadapi semua ujian dengan sabar dan redha.
ALLAH redha terhadap mereka sepertimana mereka redha terhadap ALLAH. Inilah nafsu orang yang bertaqwa. Mereka menikmati al-jannah al-ajilah (syurga dunia yang berupa ketenangan dan kebahagiaan hidup) dan diakhirat mereka diseru untuk kembali kepada ALLAH menjadi penghunu syurga kekal abadi.

Semoga kita semua berusaha mengawal dan menjinakkan nafsu supaya tergolong dikalangan orang yang menjadi penghuni syurga.

SUMBER : SOLUSI (EDISI KE 25)

UNTA MENJADI HAKIM




Pada zaman Rasulullah s.a.w., ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Rasulullah s.a.w. lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada
Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku." 
 
Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi
Allah s.w.t. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. melalui seekor unta yang menghakimkannya. 

Coretan Fastrain 2010 (sem 2)


Fastrain 2010 (sem 2)
Brindley Training Centre, Port Dickson
4 - 6 November 2010

Assalamu'alaikum warahmatullah..

Sedikit coretan & gambaran mengenai Fastrain yang baru diadakan minggu lepas..
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar seadanya...
Apa yang dapat disimpulkan, Fastrain kali ini lebih baik daripada Fastrain pad sem lepas..
Syukur, ada penambahbaikan dari pelabagai aspek, sama ada dari pihak LTD, committee, mahupun daripada  pihak peserta sendiri, yakni para fasilitator Study Circle & Fardhu 'Ain di CFS IIUM..
Mabruk..! Tahniah buat semua..

Serba sedikit tentatif program & aktiviti di dalam Fastrain kali ini :

4hb November 2010 / Khamis :


5.30 pm : bertolak dari CFS IIUM (Nilai & PJ)
8.00 pm : check-in / makan malam / solat Maghrib & Isya' berjemaah
9.00 pm : Key note address, dari bro. Izdihar Ishak, Deputy Dean LSTAD
9.45 pm : Duties & Responsibilities as a Faciitator, dari Ustaz Muhadir Hj. Joll
11.30 pm : Bacaan Al-Mulk, kembara di alam mimpi...

5hb November 2010 / Jumaat :

5.30 am : solat Subuh berjemaah, tazkirah dari Ustaz Muhadir Hj. Joll
7.15 am : Sarapan pagi
8.30 am : Briefing on Implementation of Study Circle & Fardhu 'Ain, dari Ustaz Che' Abdul Majid Che' Omar
10.00 am : rehat
10.30 am : ceramah : Da'wah Methodology, dari Ustaz Anuar Puteh (UKM)
12.30 pm : makan tengah hari
1.00 pm : solat Jumaat berjeamah (lelaki) - jama' & qasar
2.30 pm : Explorace
4.00 pm : aktiviti berakit
7.00 pm : solat Maghrib & Isya' berjemaah / makan malam
9.30 pm : Group discussion
11.00 pm : bacaan Al-Mulk / kembara di alam mimpi...

6hb November 2010

4.45 am : Qiamullail / solat Subuh berjemaah /  tazkirah dari Ustaz Muhadir Hj Joll
7.00 am : sarapan pagi
8.00 am : aktiviti Kompas masa + jungle trekking
12.00 pm : dialog session
12.30 pm : majlis penutup
1.00 pm : makan tengah hari / solat Zuhur / check out
3.00 pm : pulang ke CFS IIUM

Begitulah serba sedikit mengenai tentatif program untuk Fastrain kali ini.
Ingin lihat lebih banyak gambar ?
:: Klik sini - [Gambar2 Fastrain] ::

* credited to akh Zainal Abid Zain

ISLAMIC ART (i-Art) EXPOSED




PROGRAM OBJECTIVE 
  1. To exposed Islamic Arts to all CFS IIUM students
  2. To incalculate al-'Izzah in every student

THEME   : THE GLORY OF ISLAMIC ART

DATE      : 8 NOV - 10 NOV 2010

DAY        : MONDAY, TUESDAY, WEDNESDAY

TIME       : 8.00 AM - 5.00 PM

VENUE   : AL-MALIK FAISAL HALL

TA'ALIM MINGGU INI........


   TARIKH :3 NOVEMBER 2010

   TEMPAT :LECTURE HALL A

   TAJUK : SYARAT TERIMA SYAHADAH

   PENCERAMAH : USTAZ EMRAN ABU BAKAR

Bahayanya Berkuku Panjang..


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir!!, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk ke semua haiwan tersebut... jadi, potonglah kuku anda!

Di Sebalik Kebenaran!!

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah aman dunia dn akhirat..

Info Tambahan

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. / E.Coli 0157

Hakikatnya, mungkin ramai yang faham bahaya E.Coli , iaitu sejenis kuman yang mengeluarkan toksin dan boleh mengundang gejala keracunan apabila berlaku pemindahannya daripada proses pembuangan najis. E. Coli dikaitkan sebagai bakteria penunjuk najis, manakala E.Coli 0157 adalah EHEC (Entero Heamoragic E.Coli).

Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Selain itu, memotong kuku termasuk di dalam perkara-perkara yang dituntut oleh agama membersihkannya (sunat-sunat fitrah). ini sesuai dengan hadis Nabi saw yang bermaksud:

"Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Bersabda Rasulullah saw perkara dari tuntutan agama iaitu bersunat, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai" (Sahih Muslim) 
Oleh yang demikian, seharusnya setiap muslim sama ada lelaki atau perempuan melaksanakan tuntutan Islam ini termasuk menjaga kebersihan kukunya sesuai dengan anjuran Islam supaya menjaga kebersihan dari setiap aspek sama ada anggota badan, pakaian, makanan, tempat tinggal atau persekitaran. Ini selaras dengan hadis Nabi saw yang bermaksud:

"Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman"

Dan kita juga sedia maklum, kalo kuku panjang mesti kwan2 kita rasa geli dengan kita..kn...kn..tambah2 time makan, mcm mana la....(jgn bygkn....).

Wallahu'alam bissawab.