Jawapan Soalan Taklim (Adab Muamalah Antara Lelaki dan Perempuan)


Soalan

1) Apa hukumnya kalau sister pakai selendang ?

J: Umpama memakai tudung itu tidak wajib.  Tapi menutup aurat itu wajib. Oleh itu, as long as tutup aurat, dibolehkan memakai selendang.

2) Ustaz, maaf saya ingin meminta ustaz untuk menerangkan bagaimana sebenarnya ikhtilat antara L dan P di luar dan di alam maya. Adakah sama cara-cara atau batas menjaganya? Jzkk

J: Mestilah x sama, dalam alam maya kita kene jaga banyak adab, antaranya perasaan, gambar-gambar yg di upload dan juga penulisan. Kalau di alam biasa, adab2nya seperti yg biasa kita tahulah.. menundukkan pndangan dll.

3) Jika seorang pak sedare sabit menghulurkan tangan untuk bersalam dgn kita, apa sepatutnya dilakukan?

J: Bergantung pada keadaan, perlu diketahui yang paksedare sabit kita tu adalah muhrim bagi kita.  Hence, tak boleh bersalam,  kalau dia hulur jugak, mungkin kita boleh lapik dengan kain tudung atau apa2 kain. Yang terbaik adalah member penjelasan kepadanya tentang hokum kita bersalam dengannya.

4)  Bagaimanakah Rasulullah berbual, bergauldenganwanita yang halal dinikahinya?

* Melalui hijab :

53. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu masuk ke Rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan Dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (padawaktu Yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang Dengan berbual-bual. Sesungguhnya Yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepadakamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu Yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. cara Yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin Dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.

*Nada yang digunakan juga tidak dilunakkan.
* Menundukkan pandangan


5)  Ustaz, nak Tanya bagaimana dengan lelaki yang suka melihat mata perempuan apabila sedang berinteraksi? Macam mana nak mengelak daripada memandang mata dia?

J: Kita jugaperlumenundukkanmatakita.

31. Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamusekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

Kalau boleh, tegur je dia direct dan secara berhemah.

6)   Assalamualaikum ustaz, apa nasihat ustaz jika sudah meminati seorang wanita a atau lelaki agar hubungan itu lebih dirahmati dan diredhai Allah

Carilah orang tengah dan refer kepada mereka yang lebih arif sepert iustaz yang biasa menuguruskan urusan baitul muslim. Atau boleh juga cari organisasi yang menguruskan baitul muslim. Yang perlu kita tahu, tak boleh bagi kita untuk terus direct kepada lelaki/perempuan tersebut. Lantiklah seseorang yang boleh dipercayai untuk menjadi orang tengah. Bila dah setuju nanti, proses ke arah perkahwinan seperti proses taaruf bolehlah diteruskan dalam cara yang halal dan menuruti syariat islam.

7)   Salam ustaz, sya ada kenal seorg prmpuan, dia selalu contact sy, mcm mana cara yg patut saya lakukan agar tidak menyakiti hatinya.

Seboleh2nya stop kan contact men contact. cara nak stop? Kalau nk ty pasal pelajaran, boleh tahan lagi, tapi bila dh lebih2 x leh jugak, bagi tahu dkt dia, explain dkt dia betul2 supaya dia faham.

8)  Apakah hukumi khtilat di alam maya tanpa ada keperluan yg munasabah seperti chatting di fb, sms dan emel? 

Kalau xd tujuan yang munasabah memang x boleh larJ

9) A pakah hokum memakai jeans? Sya suka pakai jeans sbb kainnya keras. Sluar slack kainnya lmbut dan menampakkan bentuk. Tapi, ada sstgh org kata x boleh pakai jeans.. mcm mn ye us?

Kalau pakaian tersebut xd unsur2 yang melambangkan agama lain maka boleh la pakai jeans, dan setahu us x dkaitan dgn agama lain. Namun kadang2 tengok juga waktu bila kita nak pakai, jeans x ssuai utk sstgh majlis yg myybabkan orang sekeliling berasa tidak selesa. 

10) Apakah sepatutnya respon seorg perempuan jika telah tersentuh lelaki bukan mahram?

Kalau dah ‘ter’ sentuh xp la, ucaplah istighfar dan cuba jauh kan diri dari kumpulan lelaki bukan mahram.

11) Bolehkah seorg perempuan menympaikan ceramah atau tzkirah di hdpn org lelaki?

Boleh, jagalah adab2 sebagai seorang wanita dari segi aurat, pemakaian dan sebagainya. Menyanyi x dibenarkan di hadapan lelaki.

12)  Apa pdpt us kalau perempuan berpidato atau bersyarahan dpn khalayak ramai? Kadang2 ramai yang melihat dan menarik perhatian secara x langsung.

Boleh, jaga adab dari segi aurat dan cara pemakaian. Make up atau perhiasan (tabarruj) x boleh la lebih2 nanti menarik perhatian orang.

Sari kata oleh :DnT FRC
Sumber : Us Emran + Us Wan Rahiman



Taalim 20/2/2013


Jawapan2 bg soalan yang tidak terjawab semasa taalim 20/2/2013 (keutamaan solat)

Jawapan ini telah dirujuk terlebih dahulu kepada ustaz2 yang sepatutnya. 

11)      Boleh ke dalam solat fardu ada bacaan lain selain bacaan yang wajib? Contohnya istighfar/tasbih? *biasanya disebut disebabkan terlalai dalam solat.

Jwpn : Sebutan seperti 'Allah', 'astaghfirullah' dan 'subhanallah' adalah termasuk dalam kategori doa dan zikir yang tidak membatalkan solat.

Ini jika sebutan itu dengan tujuan untuk berzikir, berdoa atau membaca Al-Quran, jika ia disebut dengan sengaja dan saja-saja tanpa sebarang tujuan, maka ini termasuk percakapan yang membatalkan solat.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya solat ini tidak boleh di dalamnya percakapan manusia; kerana solat itu ialah tasbih, takbir dan membaca Qur'an." (H.R Muslim)

Tapi kalau boleh  dielakkan atau sekadar dengan ucapan dalam hati bagi mengambil jalan selamat dari khilaf.


22)     Boleh Terangkan anggaran masa ketika matahari berada tegak di atas kepala? Macam mana kalau hari hujan?

Jawapan :Mungkin soalan ini ditanya bagi merujuk kepada waktu yang diharamkan solat..Sheikh Ibn Utsaimin mengatakan bahawa, pada waktu matahari tegak atau rembang dilarang melakukan solat kerana pada waktu tersebut Api Neraka sedang dinyalakan sepertimana yang telah dinyatakan didalam hadith riwayat Amr ibn ‘Abasah al-Sulami. Menurut Abdul Aziz Bin Baaz (Majmu' Fatawaa -4), waktu itu adalah waktu yabng pendek sebelum zohor, iaitu kira-kira 1/4 jam atau 20 minit. Ada juga ulama yang mengatakan ia lebih singkat daripada waktu tersebut. Ibn Qaasim mengatakan waktu tersebut terlalu ringkas sehinggakan tidak sempat untuk menunaikan solat, dan hanya sempat Takbir Al-Ihram sahaja jarak waktunya. (Haashiyat Ibn Qaasim ‘ala’l-Rawd al-Murabba’, 2/245). Maka tidaklah bercanggah sebagaimana waktu yang telah dinyatakan didalam persoalan diatas. So,kalau hujan mungkin boleh refer kepada uruf waktu di Malaysia seperti mana yang disebut.

33)     Sah atau tidak solat seseorang itu jika beliau(perempuan) memakai baju sutera daripada ulat sutera ketika menunaikan solat?

Jawapan : Sah


44)     Saya solat sunat subuh tapi lupa nak baca qunut. Bila esoknya, baru teringat yang saya lupa baca qunut. Adakah perlu qada atau taubat jer?

Jawapan: tak perlu qada atau taubat.


55)      Apakah hukum menjadi makmum yang solat fardu kepada imam solat sunat?

Jawapan : Sah, tapi keutamaan nya berimamkan kepada yang solat fardu jika ada 2 orang yang sorangnya solat fardu dan sorang lagi solat sunat.


66)     Apakah sah solat sekiranya telekung nipis dan Nampak rambut serta lengan?

Jawapan : tak sah


77)      Saya ingin bertanya, ada sesetengah berpendapat, ketika sujud kita perlu merapatkan tumit, Tapi bagaimana seseorang itu tidak berkemampuan utk merapatkan tumit, kerana jika dia rapatkan, jari2 kakinya tidak jejak ke lantai?

Jawapan: buat lah sekadar yang mampu utk rapatkan tumit, dalam masa yang sama jari2 kaki jejak ke lantai.


Ta'alim 6/2/2013 : Maarifatul Quran



Definisi Al-Qur’an
Dari segi bahasa, Al-Qur’an berasal dari qara’a, yang berarti menghimpun dan menyatukan. Sedangkan Qira’ah berarti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata yang satu dengan yang lainnya dengan susunan yang rapih (Al-Qattan, 1995: 20). Mengenai hal ini, Allah berfirman,”Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu.” (Al-Qiyamah: 17)

Al-Qur’an juga dapat berarti bacaan, sebagai masdar dari kata qara’a. Dalam arti seperti ini, Allah swt. mengatakan, “Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui.” (Fushshilat: 3)
Adapun dari segi istilahnya, Al-Qur’an adalah Kalamullah yang merupakan mu’jizat yang ditunjukan kepada Nabi Muhammad saw., yang disampaikan kepada kita secara mutawatir dan dijadikan membacanya sebagai ibadah.

Keterangan dari definisi itu adalah sebagai berikut:
1.     (كلام الله) Kalam Allah
Bahwa Al-Qur’an merupakan firman Allah yang Allah ucapkan kepada Rasulullah saw. melalui perantaraan Malaikat Jibril as. Firman Allah merupakan kalam (perkataan), yang tentu saja tetap berbeda dengan kalam manusia, kalam hewan ataupun kalam para malaikat. Allah berfirman, “Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 4)

2.     (اَلْمُعْجِز) Mu’jizat
Kemu’jizaan Al-Qur’an merupakan suatu hal yang sudah terbukti dari semejak zaman Rasulullah saw. hingga zaman kita dan hingga akhir zaman kelak. Dari segi susunan bahasanya, sejak dahulu hingga kini, Al-Qur’an dijadikan rujukan oleh para pakar-pakar bahasa. Dari segi isi kandungannya, Al-Qur’an juga sudah menunjukkan mu’jizat, mencakup bidang ilmu alam, matematika, astronomi bahkan juga ‘prediksi’ (sebagaimana yang terdapat dalam surat Al-Rum mengenai bangsa Romawi yang mendapatkan kemenangan setelah kekalahan), dan sebagainya.

Salah satu bukti bahwa Al-Qur’an itu merupakan mu’jizat adalah bahwa Al-Qur’an sejak diturunkan senantiasa memberikan tantangan kepada umat manusia untuk membuat semisal ‘Al-Qur’an tandingan’, jika mereka memiliki keraguan bahwa Al-Qur’an merupakan kalamullah. Allah swt. berfirman, “Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Qur’an yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Qur’an itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar. Maka jika kamu tidak dapat membuat (nya) dan pasti kamu tidak akan dapat membuat (nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.” (Al-Baqarah: 23-24)

Bahkan dalam ayat lainnya, Allah menantang mereka-mereka yang ingkar terhadap Al-Qur’an untuk membuat semisal Al-Qur’an, meskipun mereka mengumpulkan seluruh umat manusia dan seluruh bangsa jin sekaligus, “Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al Qur’an ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekalipun sebagian mereka menjadi pembantu bagi sebagian yang lain.” (Al-Isra’: 88)

3.     (اَلْمُنَـزَّلُ عَلَى قَلْبِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) Diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
Bahwa Al-Qur’an ini diturunkan oleh Allah swt. langsung kepada Rasulullah saw. melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. Allah swt. menjelaskan dalam Al-Qur’an, “Dan sesungguhnya Al Qur’an ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan, dengan bahasa Arab yang jelas.” (Asy-Syu’ara: 192-195)

4.     (اَلْمَنْقُوْلُ بِالتَّوَاتُرِ) Diriwayatkan secara mutawatir
Setelah Rasulullah saw. mendapatkan wahyu dari Allah swt., beliau langsung menyampaikan wahyu tersebut kepada para sahabatnya. Di antara mereka terdapat beberapa orang sahabat yang secara khusus mendapatkan tugas dari Rasulullah saw. untuk menuliskan wahyu. Terkadang Al-Qur’an ditulis di pelepah korma, di tulang-tulang, kulit hewan, dan sebagainya. Di antara yang terkenal sebagai penulis Al-Qur’an adalah Ali bin Abi Thalib, Mu’awiyah, Ubai ibn Ka’b, dan Zaid bin Tsabit. Demikianlah, para sahabat yang lain pun banyak yang menulis Al-Qur’an meskipun tidak mendapatkan instruksi secara langsung dari Rasulullah saw. Namun pada masa Rasulullah saw. ini, Al-Qur’an belum terkumpulkan dalam satu mushaf sebagaimana yang ada pada saat ini.



Pengumpulan Al-Qur’an pertama kali dilakukan pada masa Khalifah Abu Bakar Al-Shidiq, atas usulan Umar bin Khatab yang khawatir akan hilangnya Al-Qur’an, karena banyak para sahabat dan qari’ yang gugur dalam Peperangan Yamamah. Tercatat dalam peperangan ini, terdapat tiga puluh sahabat yang syahid. Mulanya Abu Bakar menolak, namun setelah mendapat penjelasan dari Umar, beliaupun mau melaksanakannya. Mereka berdua menunjuk Zaid bin Tsabit, karena Zaid merupakan orang terakhir kali membacakan Al-Qur’an di hadapan Rasulullah saw. sebelum beliau wafat.

Pada mulanya pun Zaid menolak, namun setelah mendapatkan penjelasan dari Abu Bakar dan Umar, Allah pun membukakan pintu hatinya. Setelah ditulis, Mushaf ini dipegang oleh Abu Bakar, kemudian pindah ke Umar, lalu pindah lagi ke tangan Hafshah binti Umar. Kemudian pada masa Utsman bin Affan ra, beliau memintanya dari tangan Hafsah. (Al-Qatthan, 1995: 125 – 126).

Kemudian pada masa Utsman bin Affan, para sahabat banyak yang berselisih pendapat mengenai bacaan (baca; qiraat) dalam Al-Qur’an. Apalagi pada masa beliau kekuasan kaum muslimin telah menyebar sedemikian luasnya. Sementara para sahabat terpencar-pencar di berbagai daerah, yang masing-masing memiliki bacaan/ qiraat yang berbeda dengan qiraat sahabat lainnya (Qiraat sab’ah). Kondisi seperti ini membuat suasana kehidupan kaum muslimin menjadi sarat dengan perselisihan, yang dikhawatirkan mengarah pada perpecahan.
Pada saat itulah, Hudzaifah bin al-Yaman melaporkan ke Utsman bin Affan, dan disepakati oleh para sahabat untuk menyalin mushaf Abu Bakar dengan bacaan/qiraat yang tetap pada satu huruf.

Utsman memerintahkan (1) Zaid bin Tsabit, (2) Abdullah bin Zubair, (3) Sa’d bin ‘Ash, (4) Abdul Rahman bin Harits bin Hisyam untuk menyalin dan memperbanyak mushaf. Dan jika terjadi perbedaan di antara mereka, maka hendaknya Al-Qur’an ditulis dengan logat Quraisy. Karena dengan logat Quraisylah Al-Qur’an diturunkan.


Setelah usai penulisan Al-Qur’an dalam beberapa mushaf, Utsman mengirimkan ke setiap daerah satu mushaf, serta beliau memerintahkan untuk membakar mushaf atau lembaran yang lain. Sedangkan satu mushaf tetap disimpan di Madinah, yang akhirnya dikenal dengan sebutan mushaf imam. Kemudian mushaf asli yang diminta dari Hafsah, dikembalikan pada beliau. Sehingga jadilah Al-Qur’an dituliskan pada masa Utsman dengan satu huruf, yang sampai pada tangan kita. (Al-Qatthan, 1995 : 128 – 131)

5.     (اَلْمُتَعَبَّدُ بِتِلاَوَتِهِ) Membacanya sebagai ibadah
Dalam setiap huruf Al-Qur’an yang kita baca, memiliki nilai ibadah yang tiada terhingga besarnya. Dan inilah keistimewaan Al-Qur’an, yang tidak dimiliki oleh apapun yang ada di muka bumi ini. Allah berfirman,
“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (Fathir: 29 – 30)



Dalam sebuah hadits, Rasulullah saw. juga pernah mengatakan,
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
”Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (Al-Qur’an), maka ia akan mendapatkan satu kebaikan. Dan satu kebaikan itu dengan sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan bahwa Alif Lam Mim sebagai satu haruf. Namun Alif merupakan satu huruf, Lam satu huruf dan Mim juga satu huruf.” (HR. Tirmidzi)