Showing posts with label hadith. Show all posts
Showing posts with label hadith. Show all posts

Tips Murah rezeki

Rasulullah s.a.w. bersabda “Siapa yang ingin diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim”. (Riwayat Bukhari).

Dalam hadith yang lain disebut disebut “Siapa yang rezekinya lambat, banyakkan istigfar. Dosa menyekat rezekinya dari sampai. Istigfarlah supaya diampunkan. Rasulullah s.a.w bersabda, “Siapa yang banyak istigfar, nescaya dijadikan Allah s.w.t dukacitanya itu jalan keluar(kesukaan), kesempitannya itu jalan keluar(kelapangan) dan direzekikannya dari tempat yang tidak disangka (Riwayat Ahmad)

Dalam hadith yang lain disebut disebut “…..banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah,”

Kerja juga adalah satu amanah, sempurnakanlah kerja agar murah rezeki.

4 perkara sblm tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra: "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan
empat perkara, iaitu:
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah: "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? "Rasul tersenyum dan bersabda: "Jika engkau tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka
mereka akan meredhai kamu. Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Bab Ganjaran Menguruskan Jenazah


Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Barang siapa yang menyembahyangkan jenazah, tetapi tidak menghantarnnya
diganjarkan dengan sebahagian pahala sahaja, jika ia turut menghantarkannya
maka akan mendapat dua pahala"
Rasulullah ditanya tentang kadar dua bahagian pahala itu
jawab beliau : "Yang terkecil dari dua bahagian itu sebesar gunung Uhud."
Hadis sahih riwayat Muslim

Link : http://www.freewebs.com/alhadith

3 Amalan selepas Meninggal



"Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga macam, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dapat diambil manfaatnya atau anak soleh yang mendoakannya."

(HR Muslim)

Sifat Dirimu

"Sesungguhnya di dalam dirimu ada dua sifat yang disukai oleh Allah, iaitu santun dan sabar."

(HR Muslim)

Puasa Ramhadan

"Siapa sahaja yang mengerjakan puasa Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, maka dosa - dosanya yang terdahulu diampuni.

(HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, An-Nasai & Ibnu Majah)

Pergi ke Masjid Pada Waktu Pagi dan Petang

"Sesiapa yang pergi ke masjid pada waktu pagi atau pada waktu petang, Allah akan menyediakan untuknya satu tempat di syurga apabila dia pergi samaada pada waktu pagi atau petang."

(Sahih Bukhari & Muslim)

Aib Saudaranya

"Barangsiapa menutupi aib saudaranya, maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat."

(HR Ibnu Majah)

Jauhi Hidup Senang

"Jauhilah hidup bersenang - lenang, kerana hamba Allah itu bukanlah orang yang hidup bersenang - lenang"

(HR Ahmad)

Wudhuk

"Sesiapa berwudhuk dengan sempurna, maka keluarlah dari tubuhnya kesalahan - kesalahan sampai keluar dari hujung kuku - kukunya"
(HR Muslim)