Kehendak nafsu walaupun sangat merosakkan tetapi sangat kita sukai. Apabila sesuatu itu sangat kita cintai, kita akan menjadi buta lalu kejahatan yang dilakukan dilihat baik. Malah kita akan menjadi hamba kepada apa yang kita cintai. Umat Islam sering member tumpuan kepada musuh zahir tetapi tidak kepada musuh yang lebih hebat angkaranya iaitu NAFSU.
Ulama tasawuf membahagikan nafsu kepada beberapa peringkat. Antara peringkat-peringkat nafsu dan ciri-cirinya ialah:
1. NAFSU AMMARAH
Amarah ertinya sangat mengajak kepada kejahatan. Ini adalah tahap nafsu yang PALING jahat dan hina. Firman ALLAH yang bermaksud : “…sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.”(Surah Yusuf 12 : 53)
Orang yang bernafsu ammarah ialah orang yang berbangga melakukan maksiat dan kemungkaran. Dia berasa seronok dengan maksiat, bahkan mengajak orang lain kea rah kemungkaran. Jika ada program kebaikan, dia akan menentangnya.
2. NAFSU LAWWAMAH
Lawwamah erti nafsu yang mencela. Orang yang mempunyai nafsu lawwamah menyedari dia sering terlibat dengan dosa. Ia akan menyesali dosa-dosa itu dan akan mencela dirinya sendiri. Firman ALLAH yang bermaksud : “Aku bersumpah dengan nafsu yang amat mencela kejahatan.”(Surah al-Qiyamah 75 : 2)
Namun ketika berbuat dosa, ia akan terleka dan terbuai dengan kenikmatan dosa itu tanpa memikirkan akibatnya. Hanya setelah selesai melakukannya barulah timbul penyesalan. Sugguhpun keadaan itu bersifat sementara. Apabila melakukan ketaatan, orang yang mempunyai nafsu lawwamah ini mudah dihinggapi rasa riyak dan ujub. Dirasakan dirinya sudah baik disisi ALLAH.
3. NAFSU MULHAMAH
Orang yang mempunyai nafsu mulhamah sudah mula mendapat ilham kebaikan hatinya. Ada bisikan kebaikan dalam dirinya untuk berusaha lebih gigih kea rah menjadi insan yang lebih baik. Firman ALLAH yang bermaksud : “Diilhamkan kepada diri akan kejahatan dan juga ketaqwaan.”(Surah al-Shams 91 : 5)
Orang yang berada tahap ini sudah mampu meninggalkan tahap nafsu lawwamah. Dia mula menghisap dan menyuluh diri lalu berusaha melakukan kebaikan. Ada masanya dia terlanjur kerana kelalaiannya. Dia tidak sengaja.
4. NAFSU MUTMAINNAH
Inilah nafsu yang diperolehi oleh seseorang hasil mujahadah (melawan nafsu) dan riyadah al-nafs(latihan diri) secara istiqamah. Hatinya sudah tenang kerana nafsunya telah Berjaya dijinakkan. Dia bukan sahaja seronok melakukan ketaatan tetapi indah ketika meninggalkan kejahatan. Dia hadapi semua ujian dengan sabar dan redha.
ALLAH redha terhadap mereka sepertimana mereka redha terhadap ALLAH. Inilah nafsu orang yang bertaqwa. Mereka menikmati al-jannah al-ajilah (syurga dunia yang berupa ketenangan dan kebahagiaan hidup) dan diakhirat mereka diseru untuk kembali kepada ALLAH menjadi penghunu syurga kekal abadi.
Semoga kita semua berusaha mengawal dan menjinakkan nafsu supaya tergolong dikalangan orang yang menjadi penghuni syurga.
SUMBER : SOLUSI (EDISI KE 25)
UNTA MENJADI HAKIM
Pada zaman Rasulullah s.a.w., ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Rasulullah s.a.w. lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."
Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."
Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."
Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah s.w.t. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. melalui seekor unta yang menghakimkannya.
Labels:
taklim
Coretan Fastrain 2010 (sem 2)
Fastrain 2010 (sem 2)
Brindley Training Centre, Port Dickson
4 - 6 November 2010
Assalamu'alaikum warahmatullah..
Sedikit coretan & gambaran mengenai Fastrain yang baru diadakan minggu lepas..
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar seadanya...
Apa yang dapat disimpulkan, Fastrain kali ini lebih baik daripada Fastrain pad sem lepas..
Syukur, ada penambahbaikan dari pelabagai aspek, sama ada dari pihak LTD, committee, mahupun daripada pihak peserta sendiri, yakni para fasilitator Study Circle & Fardhu 'Ain di CFS IIUM..
Mabruk..! Tahniah buat semua..
Serba sedikit tentatif program & aktiviti di dalam Fastrain kali ini :
4hb November 2010 / Khamis :
5.30 pm : bertolak dari CFS IIUM (Nilai & PJ)
8.00 pm : check-in / makan malam / solat Maghrib & Isya' berjemaah
9.00 pm : Key note address, dari bro. Izdihar Ishak, Deputy Dean LSTAD
9.45 pm : Duties & Responsibilities as a Faciitator, dari Ustaz Muhadir Hj. Joll
11.30 pm : Bacaan Al-Mulk, kembara di alam mimpi...
5hb November 2010 / Jumaat :
5.30 am : solat Subuh berjemaah, tazkirah dari Ustaz Muhadir Hj. Joll
7.15 am : Sarapan pagi
8.30 am : Briefing on Implementation of Study Circle & Fardhu 'Ain, dari Ustaz Che' Abdul Majid Che' Omar
10.00 am : rehat
10.30 am : ceramah : Da'wah Methodology, dari Ustaz Anuar Puteh (UKM)
12.30 pm : makan tengah hari
1.00 pm : solat Jumaat berjeamah (lelaki) - jama' & qasar
2.30 pm : Explorace
4.00 pm : aktiviti berakit
7.00 pm : solat Maghrib & Isya' berjemaah / makan malam
9.30 pm : Group discussion
11.00 pm : bacaan Al-Mulk / kembara di alam mimpi...
6hb November 2010
4.45 am : Qiamullail / solat Subuh berjemaah / tazkirah dari Ustaz Muhadir Hj Joll
7.00 am : sarapan pagi
8.00 am : aktiviti Kompas masa + jungle trekking
12.00 pm : dialog session
12.30 pm : majlis penutup
1.00 pm : makan tengah hari / solat Zuhur / check out
3.00 pm : pulang ke CFS IIUM
Begitulah serba sedikit mengenai tentatif program untuk Fastrain kali ini.
Ingin lihat lebih banyak gambar ?:: Klik sini - [Gambar2 Fastrain] ::
* credited to akh Zainal Abid Zain
Labels:
event
Subscribe to:
Posts (Atom)