FASTRAIN 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera ke atas pembaca yang budiman sekalian.

Alhamdulillah setelah berlabuhnya tirai cuti semester yang lalu, pihak LTU telah berjaya menyusun program semester iaitu FASTRAIN. Maafkan kerana tidak mengisi blog ini dalam tempoh 3 bulan yang lalu atas sebab-sebab yang tertentu.

FASTRAIN pada kali ini telah diadakan di Kolej Brindley Port Dickson (Kolej Uniti). Seramai 16 fasilitator lelaki dan  55 fasilitator perempuan yang terlibat dan diiringi oleh Bro. Izdihar, Us Nadzri, Us Azhar, Us Mohadir, Kak Seha, Ust Fanizar dan juga Sis Rohani.

Program yang berjalan selama 3 hari 2 malam ini telah diberi nafas baru oleh pihak LTU berdasarkan cadangan dari pimpinan FRC sendiri. Konsultan luar telah dijemput bagi meluaskan ufuk pemikiran para fasilitator dalam mengendalikan halaqah. Konsultan yang dijemput ialah ASA Explore Resources Training & Consultancy.

Antara aktiviti yang dikendalikan oleh pihak ASA ialah meniup belon sampai pecah. Konklusi yang dapat dilihat dari aktiviti ini ialah keyakinan terhadap diri sendiri. Mungkin antara kita sememangnya sangat expert dalam meniup belon atau mungkin juga sangat suka bermain dengan belon. Perlu diingat bukan semua orang tahu meniup belon dengan cara yang betul. Walaupun pada mulanya kita berasa kurang yakin untuk meniupnya hingga pecah, tetapi setelah mendengar letupan pertama, semangat untuk tiup sampai pecah itu hadir dalam diri. “Aku mesti pecahkan belon ni. Orang lain boleh, why not me?” Semangat menjadi lebih berkobar-kobar setelah beberapa ‘bom’ diletupkan. Walaupun adakalanya perasaan takut menyelubungi diri kerana bunyi letupan tersebut seolah-olah menggambarkan keadaan bumi Palestin yang sentiasa dihujani dengan letupan-letupan bom.

Apa yang boleh dikaitkan antara aktiviti ini dengan halaqah adalah, mungkin pada asalnya kita berasa kurang yakin dengan kemampuan diri untuk mengendalikan halaqah, tetapi kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita selagi kita tidak mencuba terlebih dahulu. Sebelum meniup belon, mungkin antara kita ada yang rasa tidak mampu lantas takut untuk tiup sampai pecah. Tetapi, setelah meniup, rupa-rupanya kita berjaya. Oleh itu, before you do something, you have to say ‘i can do it’ no matter how hard the thing is because who know in the end, you can do it.

“Jangan fikir apa yang kita dapat, tetapi fikirlah kebaikan apa yang kita boleh beri pada orang lain.” Ungkapan yang sering diucapkan oleh Bro. Sham. Adakalanya apabila kita pergi mendengar ceramah, terlintas di fikiran kita, “alah benda ni aku pun dah tahu!” Itu, selfish namanya. Kita mungkin dah tahu, tetapi orang di sekeliling kita? Mungkin kerana itu Allah menggerakkan hati kita untuk pergi mendengar ceramah berkaitan dengan perkara yang sama berulang kali agar kita mampu menyebarkannya kepada mereka yang belum tahu.

“What you give you get back. What goes around comes around.” Pepatah yang kerap didengar tetapi jarang dihayati. Sedikit sahaja ingin saya ulas berkaitan perkara ini. Jika anda ingin disayangi, maka sayangilah orang lain terlebih dahulu. Jangan mengharapkan diri dihargai andai diri tidak pernah menghargai. Buang ego anda dan tunjukkan betapa sayangnya anda kepada anak-anak halaqah anda.

Segmen “Who Will Lead” yang dikendalikan oleh ASA bukan untuk memilih siapa yang layak menjadi Perdana Menteri tetapi, untuk melihat sejauh mana kemampuan kita untuk membuktikan apa yang kita pilih itu adalah pilihan terbaik. Dalam mengendalikan halaqah, kita perlu ingat bahawa setiap anak buah kita dari latar belakang yang berbeza. Mungkin akan ada  yang mempersoalkan setiap kata-kata yang dilontarkan. Oleh itu, wahai para fasilitator yang dikasihi sekalian, bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Sesungguhnya, Allah itu bersama dengan orang-orang yang sabar.

Last but not least, pesanan dari Us Ismail Chong, ‘kecilkan’ mindset anda. InsyaAllah resultnya berganda. Jadilah hamba Allah dan bukannya hamba sijil ketika anda masih belajar dan bukannya hamba hutang ketika anda sudah bekerja. Tetapkan Allah sebagai matlamat hidup, insyaAllah attitude anda akan seiring dengan mindset anda.

P/s: Maaf kerana gambar tiada. InsyaAllah jika ada saya akan post di blog. Maaf juga andai terdapat kesalahan dalam tulisan kali ini (anda dialu-alukan untuk menegur). Sekiranya anda ingin menambah, maka dipersilakan berbuat demikian. 

Sekian.

Wassalam.

Semoga mendapat manfaat.

2 comments:

  1. Tahniah! Insya Allah, keep spreading the truth of Islam.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,klu ad fasi yg nak bg tulisan dlm blog ni blh ke? Klulah blh mcm mn?

    ReplyDelete

Berkatalah melalui hati anda. Komen dengan ikhlas. Terima kasih!