Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

FASTRAIN 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera ke atas pembaca yang budiman sekalian.

Alhamdulillah setelah berlabuhnya tirai cuti semester yang lalu, pihak LTU telah berjaya menyusun program semester iaitu FASTRAIN. Maafkan kerana tidak mengisi blog ini dalam tempoh 3 bulan yang lalu atas sebab-sebab yang tertentu.

FASTRAIN pada kali ini telah diadakan di Kolej Brindley Port Dickson (Kolej Uniti). Seramai 16 fasilitator lelaki dan  55 fasilitator perempuan yang terlibat dan diiringi oleh Bro. Izdihar, Us Nadzri, Us Azhar, Us Mohadir, Kak Seha, Ust Fanizar dan juga Sis Rohani.

Program yang berjalan selama 3 hari 2 malam ini telah diberi nafas baru oleh pihak LTU berdasarkan cadangan dari pimpinan FRC sendiri. Konsultan luar telah dijemput bagi meluaskan ufuk pemikiran para fasilitator dalam mengendalikan halaqah. Konsultan yang dijemput ialah ASA Explore Resources Training & Consultancy.

Antara aktiviti yang dikendalikan oleh pihak ASA ialah meniup belon sampai pecah. Konklusi yang dapat dilihat dari aktiviti ini ialah keyakinan terhadap diri sendiri. Mungkin antara kita sememangnya sangat expert dalam meniup belon atau mungkin juga sangat suka bermain dengan belon. Perlu diingat bukan semua orang tahu meniup belon dengan cara yang betul. Walaupun pada mulanya kita berasa kurang yakin untuk meniupnya hingga pecah, tetapi setelah mendengar letupan pertama, semangat untuk tiup sampai pecah itu hadir dalam diri. “Aku mesti pecahkan belon ni. Orang lain boleh, why not me?” Semangat menjadi lebih berkobar-kobar setelah beberapa ‘bom’ diletupkan. Walaupun adakalanya perasaan takut menyelubungi diri kerana bunyi letupan tersebut seolah-olah menggambarkan keadaan bumi Palestin yang sentiasa dihujani dengan letupan-letupan bom.

Apa yang boleh dikaitkan antara aktiviti ini dengan halaqah adalah, mungkin pada asalnya kita berasa kurang yakin dengan kemampuan diri untuk mengendalikan halaqah, tetapi kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita selagi kita tidak mencuba terlebih dahulu. Sebelum meniup belon, mungkin antara kita ada yang rasa tidak mampu lantas takut untuk tiup sampai pecah. Tetapi, setelah meniup, rupa-rupanya kita berjaya. Oleh itu, before you do something, you have to say ‘i can do it’ no matter how hard the thing is because who know in the end, you can do it.

“Jangan fikir apa yang kita dapat, tetapi fikirlah kebaikan apa yang kita boleh beri pada orang lain.” Ungkapan yang sering diucapkan oleh Bro. Sham. Adakalanya apabila kita pergi mendengar ceramah, terlintas di fikiran kita, “alah benda ni aku pun dah tahu!” Itu, selfish namanya. Kita mungkin dah tahu, tetapi orang di sekeliling kita? Mungkin kerana itu Allah menggerakkan hati kita untuk pergi mendengar ceramah berkaitan dengan perkara yang sama berulang kali agar kita mampu menyebarkannya kepada mereka yang belum tahu.

“What you give you get back. What goes around comes around.” Pepatah yang kerap didengar tetapi jarang dihayati. Sedikit sahaja ingin saya ulas berkaitan perkara ini. Jika anda ingin disayangi, maka sayangilah orang lain terlebih dahulu. Jangan mengharapkan diri dihargai andai diri tidak pernah menghargai. Buang ego anda dan tunjukkan betapa sayangnya anda kepada anak-anak halaqah anda.

Segmen “Who Will Lead” yang dikendalikan oleh ASA bukan untuk memilih siapa yang layak menjadi Perdana Menteri tetapi, untuk melihat sejauh mana kemampuan kita untuk membuktikan apa yang kita pilih itu adalah pilihan terbaik. Dalam mengendalikan halaqah, kita perlu ingat bahawa setiap anak buah kita dari latar belakang yang berbeza. Mungkin akan ada  yang mempersoalkan setiap kata-kata yang dilontarkan. Oleh itu, wahai para fasilitator yang dikasihi sekalian, bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Sesungguhnya, Allah itu bersama dengan orang-orang yang sabar.

Last but not least, pesanan dari Us Ismail Chong, ‘kecilkan’ mindset anda. InsyaAllah resultnya berganda. Jadilah hamba Allah dan bukannya hamba sijil ketika anda masih belajar dan bukannya hamba hutang ketika anda sudah bekerja. Tetapkan Allah sebagai matlamat hidup, insyaAllah attitude anda akan seiring dengan mindset anda.

P/s: Maaf kerana gambar tiada. InsyaAllah jika ada saya akan post di blog. Maaf juga andai terdapat kesalahan dalam tulisan kali ini (anda dialu-alukan untuk menegur). Sekiranya anda ingin menambah, maka dipersilakan berbuat demikian. 

Sekian.

Wassalam.

Semoga mendapat manfaat.

Rehlah Di Ulu Yam

Alhamdulillah pada hari selasa yang lalu bertarikh 03 Oktober 2011, berakhirnya semester 1 sesi 2011/2012. Bersempena dengan perkara tersebut, pihak Leadership Training Unit (LTU) telah merangka satu program bagi meraikan perjuangan para fasiitator sepanjang semester satu ini. Program ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara fasilitator di PJ dan juga di Nilai. Seramai 22 orang fasiitator yang mengikuti rehlah yang bertempat di Nur Lembah Bestari di Hulu Yam. 10 orang fasilitator dari PJ dan 12 orang dari Nilai. Antara staf yang turut serta pada rehlah kali ini ialah Ustaz Mohd Sharif bin Hashim, Ustaz Azhar bin Ahmad, Ustaz Ahmad Nadzri bin Abdul Razak, Ustazah Fanizar bin Ramli dan Ustazah Noor Adilah binti Mohd Rukon. Tidak upa juga orang kuat SDD, Bro. Izdihar Ishak. Terbaik!

PA050508PA050507

Riadhah pada hari kedua bersama MUSLIM PILIHAN musim pertama, Bro. Izdihar dan Ustaz Sharif.

CIMG0351

Majlis penyerahan tugasan sebelum Survival Race.

CIMG0354

Hati-hati pegang gergaji tu….bukan sebarang buluh tu…

CIMG0370

Bro Izdihar bersama ‘Nasi Lemang’ para peserta.

CIMG0395

CIMG0366

Main air, main jugak. Dalam air pun boleh solat jugak. Solat jangan lupa ye!

CIMG0440

Persediaan menghadapi musuh…

CIMG0447

Inilah hasilnya…senjata sebelum berperang!

 

mp

Pemenang water rafting

balek

Bergambar sebelum pulang

PA050544

Selamat tinggal Nur Laman Bestari!

Semoga apa yang diperolehi sepanjang rehlah selama 3 hari 2 malam dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Perjalanan kita masih jauh. Oleh itu, dalam menuntut ilmu bersama kita sebarkan apa yang diperolehi. Sekian.

Facilitator Appreciation Night 1 2011/2012

Alhamdulillah, pada hari Ahad (11092011) yang lalu aktiviti tahunan FRC iaitu FAN telah berjalan dengan jayanya bertempat di LHA. Walaupun kedatangan agak mengecewakan, makanan tetap berjaya dihabiskan! Syabas!

Here the pics!

Jangan lupa nasihat Bro. Izdihar, kita semua adalah pendakwah sampai mati. Jangan kerana dah graduate, maka berakhirlah tanggungjawab.

DSC_0014

Nasihat presiden juga jangn dilupa!

DSC_0060

DSC_0007

DSC_0061

DSC_0029DSC_0046

Pelbagai ragam para pendengar…

DSC_0059

Advisor…turun padang…

DSC_0082

Appreciation for graduating facilitator.

DSC_0105

Artis yang semakin meningkat namanya,,,

DSC_0065

Berposing dulu sebelum makan.

DSC_0068

Tada! Nasi mandy forever…

DSC_0125

Thanks everyone!

Coretan Fastrain 2010 (sem 2)


Fastrain 2010 (sem 2)
Brindley Training Centre, Port Dickson
4 - 6 November 2010

Assalamu'alaikum warahmatullah..

Sedikit coretan & gambaran mengenai Fastrain yang baru diadakan minggu lepas..
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar seadanya...
Apa yang dapat disimpulkan, Fastrain kali ini lebih baik daripada Fastrain pad sem lepas..
Syukur, ada penambahbaikan dari pelabagai aspek, sama ada dari pihak LTD, committee, mahupun daripada  pihak peserta sendiri, yakni para fasilitator Study Circle & Fardhu 'Ain di CFS IIUM..
Mabruk..! Tahniah buat semua..

Serba sedikit tentatif program & aktiviti di dalam Fastrain kali ini :

4hb November 2010 / Khamis :


5.30 pm : bertolak dari CFS IIUM (Nilai & PJ)
8.00 pm : check-in / makan malam / solat Maghrib & Isya' berjemaah
9.00 pm : Key note address, dari bro. Izdihar Ishak, Deputy Dean LSTAD
9.45 pm : Duties & Responsibilities as a Faciitator, dari Ustaz Muhadir Hj. Joll
11.30 pm : Bacaan Al-Mulk, kembara di alam mimpi...

5hb November 2010 / Jumaat :

5.30 am : solat Subuh berjemaah, tazkirah dari Ustaz Muhadir Hj. Joll
7.15 am : Sarapan pagi
8.30 am : Briefing on Implementation of Study Circle & Fardhu 'Ain, dari Ustaz Che' Abdul Majid Che' Omar
10.00 am : rehat
10.30 am : ceramah : Da'wah Methodology, dari Ustaz Anuar Puteh (UKM)
12.30 pm : makan tengah hari
1.00 pm : solat Jumaat berjeamah (lelaki) - jama' & qasar
2.30 pm : Explorace
4.00 pm : aktiviti berakit
7.00 pm : solat Maghrib & Isya' berjemaah / makan malam
9.30 pm : Group discussion
11.00 pm : bacaan Al-Mulk / kembara di alam mimpi...

6hb November 2010

4.45 am : Qiamullail / solat Subuh berjemaah /  tazkirah dari Ustaz Muhadir Hj Joll
7.00 am : sarapan pagi
8.00 am : aktiviti Kompas masa + jungle trekking
12.00 pm : dialog session
12.30 pm : majlis penutup
1.00 pm : makan tengah hari / solat Zuhur / check out
3.00 pm : pulang ke CFS IIUM

Begitulah serba sedikit mengenai tentatif program untuk Fastrain kali ini.
Ingin lihat lebih banyak gambar ?
:: Klik sini - [Gambar2 Fastrain] ::

* credited to akh Zainal Abid Zain

ISLAMIC ART (i-Art) EXPOSED




PROGRAM OBJECTIVE 
  1. To exposed Islamic Arts to all CFS IIUM students
  2. To incalculate al-'Izzah in every student

THEME   : THE GLORY OF ISLAMIC ART

DATE      : 8 NOV - 10 NOV 2010

DAY        : MONDAY, TUESDAY, WEDNESDAY

TIME       : 8.00 AM - 5.00 PM

VENUE   : AL-MALIK FAISAL HALL

TA'ALIM MINGGU INI........


   TARIKH :3 NOVEMBER 2010

   TEMPAT :LECTURE HALL A

   TAJUK : SYARAT TERIMA SYAHADAH

   PENCERAMAH : USTAZ EMRAN ABU BAKAR

Salam Ramadhan...



More RAMADHAN graphics

Salam Ramadhan Karim..
Buat semua warga CFS IIUM..
Jua buat semua muslim..
Manfaatkan bulan ini dengan amalan yang berganda..
Moga kita semua dalam redha-Nya..
Amiin, ya Rabbal 'Alamiin..~




More RAMADHAN graphics

PALESTINE WEEK 2010


- Donate or Regret -
" Unity towards freedom of Al-Aqsa"

Date:
2nd - 8th August 2010

Venue:
CFS IIUM (PJ Campus)

Events:

2nd August -
Opening Ceremony/Video Show (Lecture Hall B, 9pm)

3rd August -
Forum - 2012, The Return, The Law of Zion (AMF Hall, 9pm)

2nd - 3rd August -
Blood Donation (AMF Hall)

4th August -
Islamic Culture Night - pantomime, nasyeed, poem. (AMF Hall, 9pm)

5th August -
Bon voyage to 40 MAPPIM Convoy Volunteers to Gaza in Ramadhan (AMF Hall, 9pm)

2nd - 6th August -
Stall/Exhibition (AMF Hall)

8th August -
Closing ceremony, Redha Yahudi by Ust Ridhuan bin Haron (Lecture Hall A, 9pm)

FasTrain 2010


- 4-6 June 2010 -

Salamullahi 'alaikum...
Alhamdulillah... Finished succesfully...
Early in this month, we have attended FasTrain programme at Kem Rimba Ria, Hulu Langat, Selangor..
FasTrain 2010...

What does it means by FasTrain..?
FasTrain stands for Facilitator Training...
It was a training programme for every facilitator of study circle (official usrah/halaqah) & fardhu 'ayn class in IIUM...
CFS IIUM PJ, Nilai, IIUM Gombak & Kuantan....
But for this programme, only facilitators in CFS IIUM are involved..

Below are some activities in this programme :

Talk 1...
Talk 2....
LDK 1....
LDK 2....
Riadah in the river... (^^)
Qiamullail..
Jungle Trekking..

Ok, that's all for the report..
Syukran... Wassalam....