Bijak,sibuk dan senyum...


Setelah kita dilahirkan di atas muka bumi ini, dan pelbagai peringkat persekolahan telah kita lalui, pernahkah kita berfikir akan diri kita ini? Pernahkah kita terfikir adakah diri kita ini orang yang bijak di atas bumi ini? Jika ya, cuba kita lihat kembali.

Orang yang bijak ialah orang yg tidak mensia-siakan hidupnya, waktunya, usianya, hartanya dan umurnya dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah baginya dan masyarakat.

30 tahun selepas dilahirkan, kini kita berada di alam pekerjaan, banyak tugasan yang perlu dilakukan. Bos suruh itu, suruh ini. Umpama tiada sedikit masa pun untuk kita melakukan perkara lain. Namun, siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s. Dan perkara ini dapat kita lihat pada hari ini.

Jika kita berada di dalam masyarakat pula, terdapat pelbagai ragam manusia yang dapat kita lihat. Ada yang tersenyum, menangis, ketawa, dan tidak kurang pula yang sentiasa serius. Dunia ini indah sekiranya semua orang tersenyum. Pelbagai jenis senyuman dapat kita kategorikan. Peringkat 1,2 dan 3. Namun, dikalangan kita siapakah orang yang manis senyumanya?

Dan orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

No comments:

Post a Comment

Berkatalah melalui hati anda. Komen dengan ikhlas. Terima kasih!