Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat sekalian pembaca yang budiman.
Apa khabar iman saudara/saudari sekalian bulan Ramadhan ini? Semoga makin bertambah iman kita semua. InsyaAllah. Pejam celik pejam celik, tak sangka sekarang sudah masuk 9 hari kita berpuasa. Ini bermakna bahagian pertama dalam bulan Ramadhan iaitu rahmat, tinggal sehari sahaja lagi untuk kita kejar. Bagaimana pula dengan amalan sahur kalian? Bersahur tak? Harapnya tiada yang tertinggal dalam mengamalkan amalan bersahur.

InsyaAllah, untuk post kali ini saya ingin berkongsi mengenai amalan bersahur.

Untuk pengetahuan semua, bersahur merupakan satu perbezaan besar antara amalan puasa kita (umat nabi Muhammad s.a.w.) dan juga amalan puasa ahli kitab.
Ibn Hajar al-Asqalani daam kitabnya, Fath al-Bari berkata, keberkatan melalui bersahur diperoleh kerana beberapa perkara iaitu:
  • mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
  • tidak menyamai kaedah ahli kitab
  • menambah kekuatan fizikal dan kecergasan untuk beribadat
  • mngelakkan akhlak yang buruk disebabkan lapar
  • menjadi sebab untuk kita bangun berzikir dan berdoa kerana waktu itu sangat mustajab
  • dapat berniat puasa bagi yang terlupa untuk meniatkannya sebelum tidur
Rasanya, semua sudah sedia maklum bahawa kita disunatkan melewatkan bersahur bukan?
Bersahur adalah satu sunnah dan melewatkannya juga merupakan satu sunnah yang sangat dituntut.
Para sahabat r.a. menyatakan bahawa tempoh masa antara sahur dan solat subuh adalah kadar membaca 50 ayat al-Quran. Mereka bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. dan kemudian menunaikan solat subuh berjemaah.
Peristiwa ini dirakamkan oleh Imam al-Bukhari no. 1787 dan Muslim no. 1837. Jelas daripada peristiwa itu menunjukkan Baginda s.a.w. melewatkan sahur sehingga hampir masuk waktu subuh. Jadi, bagaimana dengan sahur kita? Tepuk dada tanya iman masing-masing ye..

Adakah makan lewat malam itu, dikira bersahur?
Jawapannya adalah tidak. Sebaliknya, amalan ini merupakan amalan 'suffer' (menderita).
Mengikut ilmu kesihatan dan perubatan, sistem penghadaman seseorang menderita apabila ia makan dengan banyak kemudian terus tidur. Tindakan seumpama ini adalah budaya pemakanan yang tidak sihat bahkan boleh menyebabkan wujudnya penyakit dan kegemukan. Jadi, bersahurlah 15 minit sebelum imsak ye..

Makanan ketika bersahur?
Nabi Muhammad s.a.w. bersahur dengan memakan buah tamar dan meminum susu. Menurut riwayat Imam Ahmad, sekurang-kurang sahur adalah sesuap makanan atau seteguk air.

Oleh itu, saudara/saudari sekalian, bangunlah pada separuh kedua malam untuk bertahajud seterusnya bersahur. InsyaAllah besar ganjarannya.

~diubahsuai dari majalah solusi , isu 22, m/s 12&13~

No comments:

Post a Comment

Berkatalah melalui hati anda. Komen dengan ikhlas. Terima kasih!