Assalamualaikum..
Alhamdulillah, Allah memanjangkan umur kita sehingga bertemu lagi pada post terbaru kali ini. Seperti yang saya janjikan pada post sebelum ini, InsyaAllah saya akan menyambung mengenai adab-adab berdoa.

2. Adab SEMASA berdoa.
  • Hendaknya doa itu dimulai dan diakhiri dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. (Sebagai contoh, memulai dengan membaca bismillah. Bismillah itu sendiri sudah bermaksud memuji Allah.)
  • Berdoa dengan mengucapkan "Ya rab" sebanyak 3 kali.
  • Mengakui dan menyesali dosa yang dilakukan.
  • Tidak mengangkat suara ketika berdoa. (Renungkan, bagaimana intonasi suara kita ketika bercakap dengan yang tersayang? Garangkah? Begitu juga ketika kita meminta dari Allah. Lembutkan suaramu.)
  • Berdoa dengan penuh perasaan takut dan gerun akan kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepadaNya.
  • Berdoa dengan penuh perhatian dan kesungguhan.
  • Ulangi doa yang dibaca. (Doa diulang 3 kali, menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta memohon dari Allah.)
  • Tidak berdoa dengan sesuatu keburukan.
  • Menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat.

Cuba perhatikan adab-adab yang telah saya taip di atas. Ada perbezaan tak dengan cara anda berdoa sekarang?

3. Adab SELEPAS berdoa.
  • Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa.
  • Mengaminkan doa yang dibacakan.
  • Bersangka baik bahawa Allah akan memakbulkan doa kita.
  • Bersabar menanti jawapan Allah terhadap doa yang dipohon.
Saya pasti anda semua mengamalkan adab selepas berdoa. Apa yang ingin saya tekankan ialah, bersangka baik dengan Allah. Ini kerana, Allah adalah seperti apa yang kita jangkakan. Maksudnya, seandainya anda fikir Allah tidak mendengar rintihan anda, maka sememangnya Allah tidak mendengar rintihan anda. Faham? Oleh itu, bersangka baiklah dengan Allah.

Baiklah, mudah-mudahan dengan mengamalkan adab-adab berdoa ini, doa anda akan dimakbulkanNya. InsyaAllah. Walau apa-apapun, jangan mudah berputus asa seandainya doa anda tidak segera dimakbulkan kerana mungkin Allah ingin melihat sejauh mana kesungguhan kita dalam meminta sesuatu dariNya. Sehingga bertemu ke post akan datang. Syukran jazilan. Ramadhan Kareem!

No comments:

Post a Comment

Berkatalah melalui hati anda. Komen dengan ikhlas. Terima kasih!