Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat sekalian pembaca yang budiman.
Apa khabar iman saudara/saudari sekalian bulan Ramadhan ini? Semoga makin bertambah iman kita semua. InsyaAllah. Pejam celik pejam celik, tak sangka sekarang sudah masuk 9 hari kita berpuasa. Ini bermakna bahagian pertama dalam bulan Ramadhan iaitu rahmat, tinggal sehari sahaja lagi untuk kita kejar. Bagaimana pula dengan amalan sahur kalian? Bersahur tak? Harapnya tiada yang tertinggal dalam mengamalkan amalan bersahur.

InsyaAllah, untuk post kali ini saya ingin berkongsi mengenai amalan bersahur.

Untuk pengetahuan semua, bersahur merupakan satu perbezaan besar antara amalan puasa kita (umat nabi Muhammad s.a.w.) dan juga amalan puasa ahli kitab.
Ibn Hajar al-Asqalani daam kitabnya, Fath al-Bari berkata, keberkatan melalui bersahur diperoleh kerana beberapa perkara iaitu:
  • mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
  • tidak menyamai kaedah ahli kitab
  • menambah kekuatan fizikal dan kecergasan untuk beribadat
  • mngelakkan akhlak yang buruk disebabkan lapar
  • menjadi sebab untuk kita bangun berzikir dan berdoa kerana waktu itu sangat mustajab
  • dapat berniat puasa bagi yang terlupa untuk meniatkannya sebelum tidur
Rasanya, semua sudah sedia maklum bahawa kita disunatkan melewatkan bersahur bukan?
Bersahur adalah satu sunnah dan melewatkannya juga merupakan satu sunnah yang sangat dituntut.
Para sahabat r.a. menyatakan bahawa tempoh masa antara sahur dan solat subuh adalah kadar membaca 50 ayat al-Quran. Mereka bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. dan kemudian menunaikan solat subuh berjemaah.
Peristiwa ini dirakamkan oleh Imam al-Bukhari no. 1787 dan Muslim no. 1837. Jelas daripada peristiwa itu menunjukkan Baginda s.a.w. melewatkan sahur sehingga hampir masuk waktu subuh. Jadi, bagaimana dengan sahur kita? Tepuk dada tanya iman masing-masing ye..

Adakah makan lewat malam itu, dikira bersahur?
Jawapannya adalah tidak. Sebaliknya, amalan ini merupakan amalan 'suffer' (menderita).
Mengikut ilmu kesihatan dan perubatan, sistem penghadaman seseorang menderita apabila ia makan dengan banyak kemudian terus tidur. Tindakan seumpama ini adalah budaya pemakanan yang tidak sihat bahkan boleh menyebabkan wujudnya penyakit dan kegemukan. Jadi, bersahurlah 15 minit sebelum imsak ye..

Makanan ketika bersahur?
Nabi Muhammad s.a.w. bersahur dengan memakan buah tamar dan meminum susu. Menurut riwayat Imam Ahmad, sekurang-kurang sahur adalah sesuap makanan atau seteguk air.

Oleh itu, saudara/saudari sekalian, bangunlah pada separuh kedua malam untuk bertahajud seterusnya bersahur. InsyaAllah besar ganjarannya.

~diubahsuai dari majalah solusi , isu 22, m/s 12&13~

THE SEVEN WONDERS OF MAN

1. Man is aware about his inevitable death, yet he indulges in laughter and merriment.

  • Means, manusia sedar dan tahu mengenai kematiannya yang anytime boleh berlaku, tetapi dia masih mampu bergelak ketawa.
  • Oleh itu, banyakkan mengingati mati kerana orang yang bijak adalah mereka yang banyak mengingati mati.

2. Knowing that this world will come to an end, man still hankers after it.

  • Walaupun manusia itu tahu bahawa suatu hari nanti dunia ini akan turut sama hancur, tetapi dia masih mengejarnya.
  • Seimbangkanlah antara dunia dan akhirat dan bukan dunia sahaja atau akhirat sahaja.
  • Ingatlah bahawa kehidupan dunia ini hanya sementara cuma. Manakala, yang berkekalan adalah di akhirat sana.

3. Man knows that everything has been predestined, yet he laments over the loss of something.

  • Manusia tahu bahawa setiap sesuatu itu telah tercatat di lauh-al-mahfuz, akan tetapi dia masih kecewa dan sedih di atas kehilangan sesuatu perkara.
  • Di sini bukanlah bermaksud kita tidak boleh bersedih akan kehilangan sesuatu. Kita boleh bersedih cuma jangan berlebih-lebihan sehingga mahu menyalahkan takdir.
  • Oleh itu, be prepared dalam menghadapi sesuatu perkara. Mohonlah pertolongan dari Yang Maha Memberi Pertolongan.

4. Man has been warned and has the full knowledge about the fire of Hell but he continues to sin.

  • Manusia sudah sedia maklum akan panasnya api neraka tetapi masih terus melakukan dosa seolah-olah mereka yakin tidak akan ditempatkan di situ.
  • Benar bahawa kita bukanlah seorang yang 'maksum' seperti para anbiya'. Kita seringkali lalai dalam kehidupan kita lantas melakukan dosa di luar kesedaran kita.
  • Namun begitu, kita harus ingat neraka itu dicipta khas untuk kita, MANUSIA. Bukan sahaja untuk zaman dahulu malah sehingga zaman akan datang penghuninya tetap sama.
  • Oleh itu, beringat-ingatlah ketika melakukan dosa. Mohonlah keampunan dari Allah atas dosa yang dilakukan.

5. Man believes in the reckoning of the Hereafter but still he persists in amassing wealth.

  • Manusia itu sedar akan dahsyatnya akhirat tetapi masih lagi mahu mengumpulkan harta kekayaan.
  • Oleh itu, jangan terlampau mengejar kekayaan dunia yang tidak kemana. Beringatlah setiap kali kita mengumpulkan harta, masih ramai yang tidak mampu untuk makan walau sesuap nasi!
6. Declaring his belief in the Unity and oneness of Allah, yet man remembers others beside Allah.
  • Manusia mempercayai dan yakin dengan keEsaan Allah, akan tetapi mereka tetap mengingati selain Allah.(Nauzubilah)
  • Seandainya anda mendengar atau diganggu dengan bisikan2 yang tidak sepatutnya, segeralah beristighfar dan memohon ampun dari Allah.
  • Ingatlah bahawa syaitan itu tidak pernah berputus asa dalam menyesatkan manusia dari jalan yang benar.
7. Man believes in Jannah but still finds pleasure in the idle pursuits of this fleeting world.
  • Manusia percaya akan kewujudan syurga, tetapi masih mencari kesenangan dan keseronokan dalam dunia yang sekejap ini.
  • Ingatlah bahawa dunia ini juga merupakan makhluk Allah yang bakal ditarik nyawanya seperti manusia apabila tibanya kiamat.
  • Jangan bersedih sekiranya kehidupan kita di dunia ini tidak seindah yang kita impikan kerana kita masih punya syurga untuk dikejar. Oleh itu, sama2 kita grab the chance selagi diberi keizinan!

Kesimpulannya, kebanyakan dari perkara di atas, kita sudah tahu tetapi kita masih berdolak-dalik dengan diri sendiri.
"Nantilah berubah...lambat lagi...muda hanya sekali...enjoy dulu.."

Persoalannya, sampai bila kita mahu rasa enjoy?

Ingat, kematian itu bukan untuk mereka yang mempunyai penyakit kritikal seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi;
bukan juga untuk mereka yang tua dan bertongkat,
bukan juga untuk mereka yang sudah beruban, mempunyai cucu, cicit, oneng2;
TETAPI
untuk mereka yang malaikat maut sudah berada dekat dengannya.

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, mari kita sama2 tingkatkan iman, tingkatkan amalan, perbaiki diri, insyaAllah hidup diberkati.

~petikan diambil dari buku Welcoming The Most Precious Moment of Our Life by Dr. Wan Azman. Huraian merupakan dari penulis blog sendiri.~


10 Langkah menyambut Bulan Ramadhan

1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat walafiat.
Dengan keadaan sihat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, seperti puasa, solat, tilawah, dan berzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Para salafus-salih selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, ”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Ertinya, ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan redhai.

2. Bersyukur dan pujilah Allah atas kurnia Ramadan yang kembali diberikan kepada kita.
Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai salah satu bentuk kesyukuran.

3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan.
Rasulullah saw. selalu memberikan khabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadhan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka..” (HR. Ahmad).

Salafus-salih sangat memerhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan kerana bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan.
Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, setiap detiknya perlu dipenuhi dengan amalan yang berharga, yang boleh membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan.
Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka..” [Q.S. Muhamad (47): 21]

6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan.
Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7..

7. Sambutlah Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk.
Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]

8. Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun- nafs.
Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadhan.

9. Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan:
· buat catatan kecil untuk kultum tarawih serta ba’da solat subuh dan zohor.
· membahagikan buku saku atau selebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

10. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih.
Kepada Allah, dengan taubatan nashuha.
Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya.
Kepada orang tua, isteri-anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka.
Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

~diubahsuai dari karya asal tanpa mengubah makna~