Our New Line-Ups..

STUDENTS DEVELOPMENT DEPARTMENT

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES, IIUM

FACILITATOR REPRESENTATIVE COUNCIL

SEM 1 2011/2012

PRESIDENT

Abdul Halim Hazwan B Jamaludin

VICE PRESIDENT

Wan Ahmad Firas B Wan Abdul Razak

SECRETARY 1

Muizzudin B Muhammad Moharam

TREASURER 1

Nurul Aini Ahmad


TARBIYAH AND DAKWAH BUREAU

Muhammad Syukri B Suhaimi

Khairul Mawaddah Khairuddin

INFORMATION AND PUBLICATION BUREAU

Amir Asyraf B Ramli

Aiman Najwa Mat Azmi


WELFARE AND SPONSORSHIP BUREAU

Fadil Husaini

Khairun Nabilah Rosli

SPORT AND RECREATION BUREAU

Muhammad Hafizuddin B Ishak

Nadhirah Abdullah


SPECIAL TASK BUREAU

Ahmad Syafiq Umar

Nur Farah Aida Anuar

AN-NISA’ BUREAU

Nurulhuda Asmaa’ Ramli

Nurul Izzah Daud

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, Allah memanjangkan umur kita sehingga bertemu lagi pada post terbaru kali ini. Seperti yang saya janjikan pada post sebelum ini, InsyaAllah saya akan menyambung mengenai adab-adab berdoa.

2. Adab SEMASA berdoa.
  • Hendaknya doa itu dimulai dan diakhiri dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. (Sebagai contoh, memulai dengan membaca bismillah. Bismillah itu sendiri sudah bermaksud memuji Allah.)
  • Berdoa dengan mengucapkan "Ya rab" sebanyak 3 kali.
  • Mengakui dan menyesali dosa yang dilakukan.
  • Tidak mengangkat suara ketika berdoa. (Renungkan, bagaimana intonasi suara kita ketika bercakap dengan yang tersayang? Garangkah? Begitu juga ketika kita meminta dari Allah. Lembutkan suaramu.)
  • Berdoa dengan penuh perasaan takut dan gerun akan kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepadaNya.
  • Berdoa dengan penuh perhatian dan kesungguhan.
  • Ulangi doa yang dibaca. (Doa diulang 3 kali, menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta memohon dari Allah.)
  • Tidak berdoa dengan sesuatu keburukan.
  • Menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat.

Cuba perhatikan adab-adab yang telah saya taip di atas. Ada perbezaan tak dengan cara anda berdoa sekarang?

3. Adab SELEPAS berdoa.
  • Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa.
  • Mengaminkan doa yang dibacakan.
  • Bersangka baik bahawa Allah akan memakbulkan doa kita.
  • Bersabar menanti jawapan Allah terhadap doa yang dipohon.
Saya pasti anda semua mengamalkan adab selepas berdoa. Apa yang ingin saya tekankan ialah, bersangka baik dengan Allah. Ini kerana, Allah adalah seperti apa yang kita jangkakan. Maksudnya, seandainya anda fikir Allah tidak mendengar rintihan anda, maka sememangnya Allah tidak mendengar rintihan anda. Faham? Oleh itu, bersangka baiklah dengan Allah.

Baiklah, mudah-mudahan dengan mengamalkan adab-adab berdoa ini, doa anda akan dimakbulkanNya. InsyaAllah. Walau apa-apapun, jangan mudah berputus asa seandainya doa anda tidak segera dimakbulkan kerana mungkin Allah ingin melihat sejauh mana kesungguhan kita dalam meminta sesuatu dariNya. Sehingga bertemu ke post akan datang. Syukran jazilan. Ramadhan Kareem!

Adab-adab Berdoa

Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua pembaca sekalian.
Sebeum itu, cuba anda lihat bahagian kanan bawah di laptop @ komputer anda. Terkejut tak? Sedar tak sedar kita hampir kepada pertengahan bulan yang mulia ini. Diharapkan semoga di hati kita semua mempunyai perasaan sedih kerana Ramadhan bakal berlalu. Dan bukannya gembira kerana Raya menanti..

Pernah tak anda terfikir, mengapa doa anda adakalanya tidak termakbul? Pelbagai usaha telah anda lakukan agar doa anda diterima. Sebagai contoh, anda telah berusaha solat dengan khusyuk; awal waktu lagi, berdoa dengan penuh kesungguhan siap meleleh air mata lagi tetapi doa anda tetap tidak dimakbulkan. Mengapa? Sampai satu tahap anda mungkin berasa jemu dan hampir berputus asa! TUNGGU! Jom kita cek sama-sama apa puncanya!
Post kali ini insyaAllah berkaitan adab-adab dalam berdoa. Terdapat 3 bahagian dalam adab berdoa.
  1. Adab SEBELUM berdoa:
  • Sediakan hati bahawa Allah itu berkuasa atas segala-galanya. Dia berhak untuk menerima atau menolak doa kita. Kita juga dikehendaki bertaubat kepada Allah.
  • Sebaik-baiknya berada dalam keadaan yang suci daripada hadas dan berwuduk.
  • Menghadap kiblat jika tiada halangan.
  • Memilih waktu yang mustajab untuk berdoa seperti pada bulan Ramadhan.
  • Memilih keadaan yang baik untuk berdoa seperti ketika sujud, antara 2 khutbah, ketika berpuasa.
  • Digalakkan solat sunat hajat sebelum berdoa atau meminta sesuatu.
  • Pastikan makanan, minuman, pakaian dari sumber rezeki yang HALAL.
  • Hendaklah mengutamakan berdoa untuk diri sendiri berbanding mendoakan orang lain.




Sekarang, dah nampak sebab apa doa anda tidak diterima? Mungkin ini baru separuh daripada adab-adab yang perlu diberi perhatian. InsyaAllah pada post akan datang, saya akan tambah lagi adab-adab lain pula.
~sumber : diadaptasi dari solusi isu 22 m/s 15~