Jawapan2 bg soalan yang tidak terjawab semasa taalim 20/2/2013 (keutamaan solat)
Jawapan ini telah dirujuk terlebih dahulu kepada ustaz2 yang sepatutnya.
11) Boleh ke dalam solat fardu ada
bacaan lain selain bacaan yang wajib? Contohnya istighfar/tasbih? *biasanya
disebut disebabkan terlalai dalam solat.
Jwpn : Sebutan seperti
'Allah', 'astaghfirullah' dan 'subhanallah' adalah termasuk dalam kategori doa
dan zikir yang tidak membatalkan solat.
Ini jika sebutan itu
dengan tujuan untuk berzikir, berdoa atau membaca Al-Quran, jika ia disebut
dengan sengaja dan saja-saja tanpa sebarang tujuan, maka ini termasuk
percakapan yang membatalkan solat.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya solat
ini tidak boleh di dalamnya percakapan manusia; kerana solat itu ialah tasbih,
takbir dan membaca Qur'an." (H.R Muslim)
Tapi kalau boleh dielakkan atau sekadar dengan ucapan dalam
hati bagi mengambil jalan selamat dari khilaf.
22)
Boleh Terangkan anggaran masa
ketika matahari berada tegak di atas kepala? Macam mana kalau hari hujan?
Jawapan :Mungkin soalan
ini ditanya bagi merujuk kepada waktu yang diharamkan solat..Sheikh Ibn
Utsaimin mengatakan bahawa, pada waktu matahari tegak atau rembang dilarang
melakukan solat kerana pada waktu tersebut Api Neraka sedang dinyalakan
sepertimana yang telah dinyatakan didalam hadith riwayat Amr ibn ‘Abasah
al-Sulami. Menurut Abdul Aziz Bin Baaz (Majmu' Fatawaa -4), waktu itu adalah
waktu yabng pendek sebelum zohor, iaitu kira-kira 1/4 jam atau 20 minit. Ada
juga ulama yang mengatakan ia lebih singkat daripada waktu tersebut. Ibn Qaasim
mengatakan waktu tersebut terlalu ringkas sehinggakan tidak sempat untuk
menunaikan solat, dan hanya sempat Takbir Al-Ihram sahaja jarak waktunya.
(Haashiyat Ibn Qaasim ‘ala’l-Rawd al-Murabba’, 2/245). Maka tidaklah bercanggah
sebagaimana waktu yang telah dinyatakan didalam persoalan diatas. So,kalau
hujan mungkin boleh refer kepada uruf waktu di Malaysia seperti mana yang
disebut.
33) Sah atau tidak solat seseorang
itu jika beliau(perempuan) memakai baju sutera daripada ulat sutera ketika
menunaikan solat?
Jawapan : Sah
44) Saya solat sunat subuh tapi
lupa nak baca qunut. Bila esoknya, baru teringat yang saya lupa baca qunut.
Adakah perlu qada atau taubat jer?
Jawapan: tak perlu qada
atau taubat.
55) Apakah hukum menjadi makmum
yang solat fardu kepada imam solat sunat?
Jawapan : Sah, tapi
keutamaan nya berimamkan kepada yang solat fardu jika ada 2 orang yang
sorangnya solat fardu dan sorang lagi solat sunat.
66) Apakah sah solat sekiranya
telekung nipis dan Nampak rambut serta lengan?
Jawapan : tak sah
77) Saya ingin bertanya, ada
sesetengah berpendapat, ketika sujud kita perlu merapatkan tumit, Tapi
bagaimana seseorang itu tidak berkemampuan utk merapatkan tumit, kerana jika
dia rapatkan, jari2 kakinya tidak jejak ke lantai?
Jawapan: buat lah sekadar
yang mampu utk rapatkan tumit, dalam masa yang sama jari2 kaki jejak ke lantai.
Melalui hati ana,i.Allah komen utk blog ni bagi kebaikan bersama:
ReplyDelete-Dari aspek pwnulisan blog kena perhalusi semula.Ciri2 blog yng hidup bukan sekadar update tentang pergerakan FRC tetapi lebih bersifat pengisian , isu ummah. Mngkn boleh cari fasi yang minat sesuatu yang bersifat tarbawi.