Taalim 20/2/2013


Jawapan2 bg soalan yang tidak terjawab semasa taalim 20/2/2013 (keutamaan solat)

Jawapan ini telah dirujuk terlebih dahulu kepada ustaz2 yang sepatutnya. 

11)      Boleh ke dalam solat fardu ada bacaan lain selain bacaan yang wajib? Contohnya istighfar/tasbih? *biasanya disebut disebabkan terlalai dalam solat.

Jwpn : Sebutan seperti 'Allah', 'astaghfirullah' dan 'subhanallah' adalah termasuk dalam kategori doa dan zikir yang tidak membatalkan solat.

Ini jika sebutan itu dengan tujuan untuk berzikir, berdoa atau membaca Al-Quran, jika ia disebut dengan sengaja dan saja-saja tanpa sebarang tujuan, maka ini termasuk percakapan yang membatalkan solat.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya solat ini tidak boleh di dalamnya percakapan manusia; kerana solat itu ialah tasbih, takbir dan membaca Qur'an." (H.R Muslim)

Tapi kalau boleh  dielakkan atau sekadar dengan ucapan dalam hati bagi mengambil jalan selamat dari khilaf.


22)     Boleh Terangkan anggaran masa ketika matahari berada tegak di atas kepala? Macam mana kalau hari hujan?

Jawapan :Mungkin soalan ini ditanya bagi merujuk kepada waktu yang diharamkan solat..Sheikh Ibn Utsaimin mengatakan bahawa, pada waktu matahari tegak atau rembang dilarang melakukan solat kerana pada waktu tersebut Api Neraka sedang dinyalakan sepertimana yang telah dinyatakan didalam hadith riwayat Amr ibn ‘Abasah al-Sulami. Menurut Abdul Aziz Bin Baaz (Majmu' Fatawaa -4), waktu itu adalah waktu yabng pendek sebelum zohor, iaitu kira-kira 1/4 jam atau 20 minit. Ada juga ulama yang mengatakan ia lebih singkat daripada waktu tersebut. Ibn Qaasim mengatakan waktu tersebut terlalu ringkas sehinggakan tidak sempat untuk menunaikan solat, dan hanya sempat Takbir Al-Ihram sahaja jarak waktunya. (Haashiyat Ibn Qaasim ‘ala’l-Rawd al-Murabba’, 2/245). Maka tidaklah bercanggah sebagaimana waktu yang telah dinyatakan didalam persoalan diatas. So,kalau hujan mungkin boleh refer kepada uruf waktu di Malaysia seperti mana yang disebut.

33)     Sah atau tidak solat seseorang itu jika beliau(perempuan) memakai baju sutera daripada ulat sutera ketika menunaikan solat?

Jawapan : Sah


44)     Saya solat sunat subuh tapi lupa nak baca qunut. Bila esoknya, baru teringat yang saya lupa baca qunut. Adakah perlu qada atau taubat jer?

Jawapan: tak perlu qada atau taubat.


55)      Apakah hukum menjadi makmum yang solat fardu kepada imam solat sunat?

Jawapan : Sah, tapi keutamaan nya berimamkan kepada yang solat fardu jika ada 2 orang yang sorangnya solat fardu dan sorang lagi solat sunat.


66)     Apakah sah solat sekiranya telekung nipis dan Nampak rambut serta lengan?

Jawapan : tak sah


77)      Saya ingin bertanya, ada sesetengah berpendapat, ketika sujud kita perlu merapatkan tumit, Tapi bagaimana seseorang itu tidak berkemampuan utk merapatkan tumit, kerana jika dia rapatkan, jari2 kakinya tidak jejak ke lantai?

Jawapan: buat lah sekadar yang mampu utk rapatkan tumit, dalam masa yang sama jari2 kaki jejak ke lantai.


1 comment:

  1. Melalui hati ana,i.Allah komen utk blog ni bagi kebaikan bersama:
    -Dari aspek pwnulisan blog kena perhalusi semula.Ciri2 blog yng hidup bukan sekadar update tentang pergerakan FRC tetapi lebih bersifat pengisian , isu ummah. Mngkn boleh cari fasi yang minat sesuatu yang bersifat tarbawi.

    ReplyDelete

Berkatalah melalui hati anda. Komen dengan ikhlas. Terima kasih!